Kes Senjata Api: Nelayan Dihukum Mati - Semasa | mStar

Kes Senjata Api: Nelayan Dihukum Mati

Eng Hock diiringi anggota polis di Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung kes lapan tahun lalu.
IPOH: Seorang nelayan pada Isnin dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan melepaskan tembakan ke arah polis yang mahu menahannya dengan niat mencederakan, lapan tahun lepas.


Selain itu, Lim Eng Kiong, 49, dihukum penjara sepanjang hayat kerana menunjukkan senjata api semasa merompak sebuah motosikal bernombor pendaftaran WBR 7170 milik Beng Eng Hock.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam sebatan terhadap Lim kerana memiliki senjata api jenis Revolver 38 'Colt 5'.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara lima tahun terhadap lelaki itu kerana memiliki tujuh butir peluru hidup dan tiga kelongsong peluru.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukannya di Kampung Baru Kuala Sepetang, Taiping dekat sini pada pukul 10 hingga 10.45 malam, 12 Januari 2006.

Keempat-empat pertuduhan itu dibuat masing-masing mengikut Seksyen 3, 8 dan 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum menurut peruntukan akta yang sama.

Pada 19 September 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Taiping, Datuk Dr Hassan Ab Rahman membebaskan dan melepaskan Lim setelah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah Rayuan, yang menilai dan berpuas hati, memutuskan bahawa ia adalah kes prima facie dan membenarkan rayuan pihak pendakwaan serta mengarahkan tertuduh membela diri.

Dalam penghakiman di akhir kes pembelaan hari ini, Che Ruzima berkata, mahkamah mendapati pembelaan yang dikemukakan pihak tertuduh hanya satu bentuk penafian semata-mata.

"Tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap keempat-empat pertuduhan dan didapati bersalah," katanya.

Beliau berkata, mahkamah turut mendapati walaupun keterangan tertuduh selari dengan saksi pendakwaan namun ia tidak menjelaskan mengenai perkara berkaitan pemilikan senjata api dan peluru.

"Cuma yang kurang dalam keterangannya adalah mengenai pemilikan senjata api. Tertuduh hanya kata membawa satu beg berisi satu telefon bimbit, kad pengenalan serta wang (berjumlah RM23,000 yang didakwa sebagai gajinya daripada majikan)," kata Che Ruzima.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala peguam Yunus Ali mewakili Lim. 


nelayan , mati , Beng Eng Hock

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain