suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

GEORGE TOWN: Empat kereta yang di parkir berdekatan bangunan Crystal Point di Bukit Jambul musnah dihempap papan iklan gergasi Jumaat malam.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Abdul Rahim Ismail berkata ribut kencang dan hujan lebat menyebabkan papan tanda itu tercabut dan menimpa kenderaan berkenaan pada kira-kira 7.45 malam.

"Kereta terlibat iaitu Perodua Myvi, Honda Accord, Perodua Kelisa dan Citroen ranap sepenuhnya dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata orang ramai diminta mengosong dan menjauhi bangunan itu buat sementara waktu sehingga kerja membersih selesai.

Abdul Rahim berkata tiada kecederaan serius dilaporkan dan jumlah kerugian masih disiasat. 

hempap kereta

Artikel Lain