suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lawatan Ke Gaza Program Sulung Institut Onn Jaafar

Charles Mohan
PETALING JAYA: Projek sulung yang bakal dilaksanakan Institut Onn Jaafar (IOJ) yang baharu ditubuhkan adalah lawatan ke Gaza sebagai pendedahan kepada rakyat Malaysia kekejaman dan penderitaan yang dialami rakyat Palestin.


Ketua Pegawai Eksekutif IOJ, Charles Mohan, berkata program itu dijangka berlangsung beberapa bulan lagi.

“Konvoi kami membabitkan rakyat pelbagai latar belakang termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Banyak aspek yang perlu diambil kira termasuk keselamatan dan keselesaan peserta," katanya.

Beliau berkata, IOJ ditubuhkan hasil idea penaung dan pengasasnya yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertujuan untuk menjalankan kegiatan yang menggabungkan penyertaan rakyat berbilang bangsa negara ini.

Matlamat Hishammuddin adalah untuk memastikan IOJ melaksanakan dasar yang dilaksanakan nenda beliau, Datuk Onn Jaafar yang juga pengasas Umno.

"Beliau mahu membantuk landasan untuk pembangunan komuniti dan juga integrasi sesama rakyat, yang juga seiring dengan falsafah 1Malaysia," katanya.

Majlis pelancaran institut ini akan dilakukan Hishammuddin sendiri di Avenue K Jalan Ampang pada Ahad.

Mohan berkata, IOJ turut meletakkan sasaran menjadi NGO terkemuka negara untuk tampil membantu golongan miskin dan memerlukan.

“Kami akan mengenal pasti kumpulan sasar serta kawasan sekitar Malaysia sebelum mengagih-agihkan bantuan mengikut keperluan," katanya.

Institut Onn Jaafar, Gaza

Artikel Lain