suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pimpinan Umno Diminta Turun Padang Perjelas Pencapaian Ekonomi

Najib Razak
PEKAN: Pimpinan Umno disaran supaya turun ke akar umbi dan bertemu rakyat untuk menjelaskan mengenai kejayaan pencapaian ekonomi negara supaya rakyat lebih faham dan mensyukurinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau berkata, walaupun negara berjaya mencatat kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.4 peratus bagi suku kedua tahun ini, namun masih ada yang tidak memahami faedah pencapaian tersebut.

"Jika kita bandingkan dengan negara lain di Asean, Malaysia mencatatkan perkembangan ekonomi tertinggi di Asean untuk suku tahun kedua tahun ini sedangkan negara lain seperti Singapura, hanya mampu mencatatkan sebanyak 2.4 peratus dan Indonesia 5.1 peratus.

"Tetapi masih ada yang mempersoalkan apa makna pencapaian 6.4 peratus itu kepada mereka dan perkara inilah yang perlu dihuraikan kepada rakyat dan akar umbi," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Pekan di sini, Ahad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain