suria

2,000 Kakitangan Pontian United Sambut Merdeka Di Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 kakitangan Pontian United Plantations, sebuah unit di bawah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), pada Jumaat mengadakan perarakan di Lahad Datu, Sabah, bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 negara, yang menjadi tradisi mereka sejak 2003.

Dirasmikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Mohd Emir Mavani Abdullah, sambutan itu menghimpunkan pekerja dan pengurusan dalam satu kumpulan sebagai tenaga kerja pelbagai kemahiran, dan paling penting sebagai rakyat Malaysia.

"Jika kita bercita-cita untuk terus mara ke hadapan, kita tidak boleh dibelenggu sikap mudah berpuas hati, ego, dan pengecut. Ini adalah sifat dan sikap yang akan menghalang kita daripada bekerja sebagai sebuah pasukan dan mencapai matlamat kita untuk menjadi satu daripada 10 syarikat perniagaan tani terulung di dunia," kata Mohd Emir dalam satu kenyataan.

Pontian United Plantations diperoleh pada September 2013 dan mempunyai 11 ladang di daerah Kinabatangan dan Lahad Datu, yang berpotensi menyumbang RM100 juta kepada pendapatan Felda Global Ventures pada tahun kewangan 2014.


Merdeka, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain