suria

Calon MB: PKR Kecewa PAS Tak Hormati Muafakat Pembangkang

Datuk Saifuddin Nasution
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kekecewaan terhadap PAS kerana tidak menghormati keputusan muafakat Pakatan Rakyat dalam mencalonkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata keputusan pemuafakatan itu sebenarnya telah dicapai antara pemimpin tertinggi PKR, PAS dan DAP dalam satu mesyuarat khas 17 Ogos lepas.

"Saya berpendapat tidak sukar untuk memahami peri pentingnya muafakat itu dijaga," katanya kepada Bernama selepas mesyuarat biro politik parti dan pertemuan 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor di ibu pejabat PKR Jumaat.

Beliau mengulas laporan sebuah portal akhbar tempatan pada Jumaat mengatakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar tiga nama terdiri daripada anggota Exco Selangor kepada pihak Istana untuk dipertimbang bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Media itu dipetik melaporkan ADUN PAS yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad manakala dua lagi nama ialah Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengarahkan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang menghantar lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

PKR, PAS, Datuk Saifuddin Nasution

Artikel Lain