Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata pihaknya juga tidak akan melindungi sebarang maklumat mahupun pegawai yang disyaki terlibat supaya kes tersebut dapat diselesaikan secara adil, cekap dan pantas.
Pihak JKDM turut melahirkan rasa dukacita atas insiden tangkapan beberapa pegawainya, katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Semalam, SPRM menahan 22 individu, termasuk seorang Pengarah Kastam negeri yang disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan arak dan rokok di Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ).


