suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bahasa Inggeris Wajib Lulus Di IPTA - TPM

Muhyiddin melancarkan program latihan graduan untuk mendapatkan pekerjaaan "Cyberjaya Graduate Employabilitiy Enabler 2" di Cyberjaya pada Selasa. -fotoBERNAMA
CYBERJAYA: Syarat lulus dalam Bahasa Inggeris akan diwajibkan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya graduan boleh berkomunikasi secara efektif, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, kebolehpasaran graduan bergantung kepada keyakinan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

"Syarikat multi-nasional bukan hanya mahukan graduan yang berkelayakan tetapi mereka mahu duta yang mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi.

"Kami mahu universiti memastikan setiap pelajar menjalani latihan dalam Bahasa Inggeris dan mereka bukan saja lulus (subjek itu) tetapi dapat berkomunikasi secara efektif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Pemangkin Kebolehpasaran Graduan (CGEE) 2014, di sini, Selasa.

Katanya, polisi baharu itu dibuat selepas perbincangan dengan Perdana Menteri pada minggu lalu dan maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian.


Artikel Sebelum

Bapa MB Terengganu Meninggal Dunia

Artikel Lain