Penyelia Ladang Maut Dilanggar Lori - Semasa | mStar

Penyelia Ladang Maut Dilanggar Lori

KOTA TINGGI: Seorang penyelia ladang maut setelah motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 44, Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat sini, awal pagi Isnin.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Mohd Shahril Roslee, 23, dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum motosikalnya dilanggar sebuah lori pasir dari arah belakang.

Mangsa meninggal di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rahmat berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi menghala ke Mawai itu telah memotong lori pasir sebelum memberi isyarat membelok sebelah kanan jalan.

"Apabila sampai di simpang, mangsa telah memberhentikan motosikalnya bagi memberi laluan pada kenderaan di hadapan. Bagaimanapun, pemandu lori pasir tersebut tidak sempat untuk mengelak dan terus melanggar bahagian belakang motosikal mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga.

Rahmat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu lori itu, tetapi ujian air kencing pemandu lori berkenaan adalah negatif.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, bapa mangsa Rosli Ghazali, 48, yang ditemui di Unit Perubatan Forensik HKT, reda ketika menerima berita menyedihkan itu.

Katanya, tiada perubahan ketara dilihat pada anak kedua daripada lima beradik itu melainkan Mohd Shahril begitu seronok bergurau dengan adik perempuan yang berusia sebelas tahun petang semalam.


Artikel Sebelum

Tiga Anggota PPS Positif Dadah - Polis

Artikel Berikut

Disamun RM17,000 Oleh Pekerja Sendiri

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain