suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kementerian Kesihatan Cadang Kerajaan Perkenal Dasar Mengenai Obesiti

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mahu mencadangkan kepada kerajaan supaya memperkenalkan satu dasar yang boleh mengurangkan peningkatan obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata dasar sedemikian wajar diwujudkan berikutan kadar obesiti semakin meningkat dalam kalangan rakyat.

"Semakin ramai rakyat Malaysia menjadi gemuk dengan kadar prevalens obesiti dalam kalangan dewasa berusia 18 tahun dan ke atas meningkat daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 15.1 peratus pada 2011.

"Kadar prevalens bagi hiperkolesterolamia dalam kalangan dewasa berusia 18 tahun dan ke atas adalah 20.7 peratus pada 2006 dan bertambah kepada 32.7 peratus pada 2011," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Perubatan Malaysia-Singapura Ke-48 di sini, Selasa.

Sebagai langkah menggalakkan rakyat kurang mengambil gula, beliau berkata kerajaan telah memansuhkan subsidi bahan makanan itu baru-baru ini.

kementerian kesihatan, obesiti

Artikel Lain