Kemelut AMK Selesai, Exco Ikrar Sokong Nik Nazmi - Semasa | mStar

Kemelut AMK Selesai, Exco Ikrar Sokong Nik Nazmi

Dr Afif Bahardin.

SHAH ALAM: Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Ahad sebulat suara berikrar menyatakan sokongan terhadap kepimpinan ketuanya yang baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sokongan itu dizahirkan dua hari selepas Nik Nazmi dimalukan oleh exconya sendiri yang bertindak keluar dewan selepas beliau diumumkan menang jawatan ketua sayap PKR itu.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, beliau memuji tindakan pantas Nik Nazmi yang berjaya menyelesaikan masalah dalaman AMK dengan pantas.

"Saya dan semua exco ingin menzahirkan kepercayaan kami kepada kepimpinan Nik Nazmi untuk memimpin AMK ke tahap yang lebih baik dan cemerlang," katanya pada sidang media selepas berakhirnya Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Ahad.

Jumaat lalu, 16 Exco AMK bertindak keluar dewan persidangan sejurus Nik Nazmi diumumkan menang jawatan Ketua AMK.

Kumpulan berkenaan mendakwa tindakan itu sebagai tanda protes terhadap keputusan pemilihan yang tidak memihak kepada seorang lagi calon Ketua AMK, Amirudin Shari.

Pada pemilihan AMK baru-baru ini Nik Nazmi mengalahkan Amirudin dengan majoriti 250 undi.

Nik Nazmi memperoleh 4,509 undi sementara Amirudin mendapat 4,259 undi.

Sementara itu Nik Nazmi pada sidang media yang sama berkata, beliau dan exconya bersetuju supaya isu yang dibangkitkan berkaitan pemilihan baru-baru ini akan dibincangkan mengikut saluran dalaman parti.

Afif Bahardin , Nik Nazmi Nik Ahmad , AMK

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain