Takut Dilapor Ponteng, Murid Tahun Enam Sembunyi Dalam Hutan - Semasa | mStar

Takut Dilapor Ponteng, Murid Tahun Enam Sembunyi Dalam Hutan

Zundin Mahmood
TEMERLOH: Seorang murid tahun enam, yang dikhuatiri hilang dalam kawasan hutan bersebelahan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Lanchang pagi Jumaat, berjaya ditemui pasukan penyelamat pada petang hari sama.


Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Zundin Mahmood berkata, Muhammad Shamil Ikhwan, 12, ditemui pada 6.20 petang, kira-kira satu kilometer dari kawasan dia dilaporkan hilang.

"Murid itu ditemui di ladang kelapa sawit dekat situ dalam keadaan keletihan kerana hampir sembilan jam bersembunyi di situ.

"Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan namun kita akan membawa dia ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk pemeriksaan," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata, murid Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang itu dilapor melarikan diri dari sekolahnya pada 9.30 pagi.

Zundin berkata, siasatan awal mendapati mangsa melarikan diri kerana bimbang dimarahi ibu bapa serta gurunya ekoran sering ponteng sekolah dan gagal menyiapkan kerja rumah.

"Menurut murid itu juga, dia terlewat hadir ke sekolah dan kebetulan sekolahnya menganjurkan program solat hajat bersama ibu bapa bersempena peperiksaan UPSR yang bakal diduduki 18 hari lagi.

"Dia yang bimbang gurunya akan mengadu perihal dirinya kepada keluarga kemudian bertindak melarikan diri dari sekolah," katanya.

Mangsa sebelum itu, katanya, dilihat bersama murid lain mengikuti program solat hajat sebelum berjalan keluar dari sekolah sendirian menuju ke arah hutan berkenaan.

Ekoran itu, beberapa guru keluar mencari Muhammad Shamil di kawasan hutan berkenaan namun gagal menemuinya sebelum bertindak membuat laporan polis.

Beliau berkata, susulan itu, tiga anggota dari Balai Polis Lanchang, lima anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan 15 penduduk kampung melancarkan gerakan mencari mangsa sebelum menemuinya di kawasan hutan berkenaan.


Artikel Sebelum

Saya Tidak Tahu Lokasi Alvin - Ibu

Artikel Berikut

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?