suria

JPP Bidas AMK Boikot Nik Nazmi

Johari Abdul
SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul membidas tindakan sekumpulan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang memboikot keputusan pemilihan sayap PKR itu.

Kecewa apabila JPP dituduh terlibat rasuah, Johari sebaliknya menasihatkan supaya AMK menghormati keputusan pemilihan yang menyaksikan Nik Nazmi Nik Ahmad menang jawatan Ketua AMK dengan majoriti 250 undi.

"Saya terkilan dengan tindakan Exco AMK memboikot ketua mereka. Hormatilah keputusan...saya terkilan dan sedih.

"Kalau begini caranya, nampaknya pemimpin muda terpaksa pergi kursus lagi. Nasihat saya supaya tinggalkan apa juga yang keruh," katanya ketika mengumumkan senarai rasmi ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR sesi 2014-2017 di sini, Sabtu.

Pada Jumaat, sekumpulan Exco AMK bertindak keluar dewan persidangan sejurus Nik Nazmi diumumkan menang jawatan Ketua AMK.

Kumpulan berkenaan mendakwa tindakan itu sebagai tanda protes terhadap keputusan pemilihan yang tidak memihak kepada seorang lagi calon Ketua AMK, Amirudin Shari.

Dakwa mereka, wujud penipuan dalam pemilihan AMK di Cabang Pensiangan, Sabah yang akhirnya menyaksikan Nik Nazmi menang jawatan Ketua AMK.

Pada pemilihan AMK baru-baru ini, Nik Nazmi mengalahkan Amirudin dengan majoriti 250 undi.

Nik Nazmi memperoleh 4,509 undi, sementara Amirudin mendapat 4,259 undi.


JPP, AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad

Artikel Lain