suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua kakitangan Hospital Pitas Ditahan Kes Penipuan Pinjaman Koperasi

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah memberkas dua kakitangan Hospital Pitas kerana disyaki memalsukan cap dan tandatangan bagi tujuan mendapatkan pinjaman wang daripada cawangan sebuah koperasi, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Superintendent Saiman Kasran berkata pihak Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibupejabat Polis Daerah Kudat menahan kedua-dua lelaki terbabit yang berumur 38 dan 44 tahun di hospital itu.

"Hasil siasatan terhadap kedua-dua suspek, pihak polis telah menjumpai dan merampas satu cap Hospital Pitas, satu cap Pengarah Hospital Kota Marudu, satu cap peribadi Pengarah Hospital Pitas, dua cap Pegawai Perubatan Hospital Kota Marudu, satu cap Pembantu Tadbir Hospital Kota Marudu, dua cap Salinan Disahkan Benar dan satu Stamp Pad daripada kedua-dua suspek tersebut," katanya.

Saiman di dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis menerima laporan yang dibuat oleh Pengarah Hospital Pitas yang juga seorang doktor di hospital itu pada 13 Ogos lepas mendakwa tandatangan, cap peribadi dan cap pihak Hospital Pitas telah dipalsukan bagi tujuan mendapatkan pinjaman wang daripada cawangan sebuah koperasi di Kota Kinabalu.

Saiman berkata tujuan pihak pengurusan Hospital Pitas membuat laporan itu kerana dikhuatiri cap-cap berkenaan akan disalahgunakan oleh pihak lain. 

Di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, seseorang itu boleh dihukum penjara antara setahun sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

pinjaman koperasi, tipu

Artikel Lain