suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Lelaki Ditembak Ketika Sedang Makan Malam

Seorang lelaki Cina berumur 49 tahun ditembak oleh seorang lelaki ketika menghadiri jamuan makan malam di Dewan Kuitien, Ayer Tawar pada Selasa.

IPOH: Seorang lelaki berusia 49 tahun ditembak ketika makan malam kuil di Dewan Kutien di Ayer Tawar, 70 kilometer dari Bandaraya Ipoh.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, insiden berlaku pada Selasa,7.40 malam apabila seorang penyerang yang tidak dikenali masuk ke dewan dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan di lengan sebelah kanan.

"Dia dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan ," jelasnya.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan sehingga kini masih belum menemui motif tembakan itu dilakukan.

Katanya, kes ini klasifikasikan sebagai cubaan membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

tembak, ayer tawar, ipoh, kuil

Artikel Lain