suria

Jenazah Dua Anggota Tentera Diterbangkan Ke Kuala Lumpur

TAWAU: Jenazah dua anggota tentera yang maut dalam kemalangan di Sandakan pada Selasa diterbangkan ke Kuala Lumpur pagi Rabu.

Antara yang hadir di Lapangan Terbang Tawau ialah Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun dan timbalannya Bridged Jeneral Subari Tomo.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi Selasa, Sarjan Mohd Hanif Patahur, 31, dan Prebet Ahmad Feleni Mansor, 23, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Sungai Tiram di Batu 19, Sandakan.

Empat lagi anggota tentera cedera dalam kemalangan yang sama, iaitu pemandu kereta perisai Mohd Faizal Ahmad, 29, Mohd Amaruddin Che Soh, 29, Mohamad Haffez Khairudin, 24, dan Ifaiznor Ismail, 29.

Mohd Hanif berasal dari Johor dan Ahmad Fikri dari Kelantan merupakan anggota Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kuantan dan bertugas selama tiga bulan di Kem Sri Kinabatangan sejak 15 Julai lepas.

kereta kebal, ATM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain