Temuduga Terbuka Polis Di IPD Perak - Semasa | mStar

Temuduga Terbuka Polis Di IPD Perak

IPOH: Orang ramai di Perak yang berminat untuk menyertai pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) boleh menghadiri temuduga terbuka selama lima hari bermula pada 2 Sept ini.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata temuduga terbuka itu akan diadakan di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dari 2 hingga 6 Sept dan mereka yang berminat boleh mendaftar nama di situ.

"Kita akan mengambil seramai 500 anggota untuk dilatih dan ditempatkan di balai polis berhampiran tempat tinggal mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, Selasa.

Beliau berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan SSPDRM bukan sahaja dari kalangan orang awam malah golongan profesional juga amat digalakkan kerana mereka dilihat mampu membantu PDRM dengan memberi idea baharu yang boleh dipraktikkan oleh pihak polis, katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Acryl Sani berkata pihaknya mengesan satu maklumat palsu disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp kononnya dua pekerja restoran makanan segera telah dipukul di Kuala Kangsar.

"Saya ingin menegaskan tiada kejadian sebegini berlaku dan ini adalah satu penipuan. Orang ramai diminta supaya tidak terus menyebarkan maklumat yang tidak sahih," katanya.

Beliau berkata, polis sentiasa melakukan yang terbaik untuk masyarakat dalam menangani masalah penyebaran berita palsu di laman sosial yang semakin meluas pengaruhnya.

"Isu ini boleh menyebabkan masyarakat bertelagah antara satu sama lain dan janganlah kita terlalu percaya dengan apa yang ada di laman sosial," katanya.


Polis , Perak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Isu MB: Khalid Mohon Maaf Kepada Rakyat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain