suria

MH17: PM Ucap Syabas Kepada Pasukan DVI Perubatan

Najib beramah mesra dengan Pasukan DVI Malaysia di Panglakan Tentera Hilversum sempena lawatan kerja beliau ke Belanda, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan syabas kepada pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Perubatan Malaysia kerana melaksanakan tugas berkaitan nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 di Amsterdam, Belanda dengan penuh amanah.

Seramai 10 petugas pasukan itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Amsterdam pada 6.30 pagi Isnin, menurut laman Facebook Kementerian Kesihatan.

"Selamat pulang ke tanah air. Tanggungjawab yang anda galas amat berat namun syabas kerana melaksanakannya dengan penuh amanah," kata Najib dalam catatan terbaru di laman Facebook beliau.

Beliau turut berkongsi pautan dengan Facebook Kementerian Kesihatan yang memaparkan gambar-gambar kepulangan pasukan itu yang disambut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Pasukan itu berada di Amsterdam bagi membantu pasukan antarabangsa mengenal pasti identiti mangsa nahas pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Pada 10 Ogos lepas, 11 anggota pasukan DVI Polis Diraja Malaysia tiba di KLIA.


Artikel Berikut

Tun M Tegur Najib

Artikel Lain