suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Keluar Waran Tangkap Terhadap Surendran

N. Surendran.

PETALING JAYA: Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden PKR, N.Surendran yang didakwa membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam konspirasi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surendran yang merupakan peguam kepada Ketua Pembangkang itu dijangka didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta pada Selasa.

Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya berkata, Surendran akan memberi kerjasama dengan polis berhubung dakwaan itu.

"Kita tidak diberitahu tentang ikat jamin. Ia akan diketahui bila dia didakwa," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Pada Ahad, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin membuat laporan polis terhadap Surendran di Balai Polis daerah itu kerana mendakwa Najib mempengaruhi mahkamah dalam menetapkan tarikh untuk kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bung berkata, Ahli Parlimen Padang Serai itu membuat dakwaan tersebut dalam video di YouTube, yang dilihat sebagai cubaan untuk memberikan imej buruk kepada perdana menteri.

Artikel Sebelum

Tun M Tegur Najib

Artikel Lain