suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Dikhuatiri Hilang Di Bukit Wawasan Ditemui

Salah seorang anggota bomba bergambar dengan kumpulan yang dikhuatiri hilang di Bukit Wawasan Puchong.
PETALING JAYA: Lima individu yang dikhuatiri hilang ketika beriadah Bukit Wawasan di Puchong kini sudah ditemui.

Kumpulan penjalan kaki itu dilaporkan hilang kira-kira pukul 9 malam Jumaat.

Anggota Bomba dan Penyelamat berkata, kumpulan itu yang terdiri daripada tiga lelaki dalam lingkungan 30-an, dan dua orang perempuan yang berumur 30 dan 52, ditemui selamat di Saujana Puchong pada kira-kira pukul 5 pagi Sabtu.

Antara mereka yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat itu terdiri daripada 12 anggota bomba dan empat pegawai polis.
Bukit Wawasan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain