suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Lelaki Ditemui Mati Dalam Kereta Di R&R Juru

BUKIT MERTAJAM: Dua lelaki yang dipercayai berumur dalam lingkungan 30an ditemui mati dalam kereta di sebuah stesen minyak di R&R Juru di sini.

Mangsa ditemui oleh pelanggan di stesen minyak yang melihat dua lelaki sedang 'tidur' di dalam kereta dalam keadaan enjin tidak dimatikan kira-kira pukul 7.30 malam Jumaat.

Mereka kemudian menghubungi polis selepas gagal untuk mengejutkan kedua-dua mangsa.

Dipercayai mangsa mengalami keracunan karbon monoksida.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi pada Sabtu berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain