suria

MH17: Mayat Bekas Warganegara Malaysia Antara Dibawa Pulang

Datuk Seri Liow Tiong Lai
KAMPAR: Kumpulan pertama mayat mangsa nahas MH17 akan KAMPAR: Kumpulan pertama mayat mangsa nahas MH17 akan tiba di negara ini pada 22 Ogos termasuk mayat bekas warganegara Malaysia.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Jumaat berkata keluarga kepada mangsa warganegara Belanda di Malaysia telah meminta bantuan kerajaan untuk membawa pulang mayat untuk dikebumikan di negara ini.

Liow berkata mayat wanita itu dan 15 mayat mangsa rakyat Malaysia lain akan diterbangkan dengan pesawat Boeing 747 milik syarikat penerbangan negara.

Wanita itu, katanya, telah berkahwin dengan seorang lelaki warga Belanda.

"Penerbangan itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Amsterdam pada pukul 10 pagi pada 22 Ogos, yang telah diisytiharkan sebagai hari berkabung kebangsaan.

"Ia merupakan satu penerbangan khas untuk membawa pulang mayat, bukan penerbangan komersil," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Konvokesyen ke-19 Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) di sini.

Beliau berkata upacara penerimaan mayat dan penghormatan untuk mangsa-mangsa akan disiarkan secara langsung di televisyen di negara ini pada 22 Ogos.

MH17, bukan warganegara

Artikel Lain