suria

Pakatan Rakyat Masih 'Kuasai' Selangor - Mat Sabu

Mat Sabu.
BUTTERWORTH: Pakatan Rakyat masih 'menguasai' Selangor walaupun kemelut menteri besar di negeri itu masih berlarutan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat masih menguasai dua pertiga majoriti di Selangor walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak memecat lima exco daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ketika ditanya sama ada Khalid telah menghantar borang untuk menyertai PAS, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, ia hanya 'khabar angin'.

"Tiada permohonan," katanya ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini.

Mat Sabu hadir perbicaraan kes isu komunis Bukit Kepong.

Mat Sabu, PAS, Abdul Khalid Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain