suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Liwat 2: Rayuan Anwar Didengar 28 Oktober Ini

Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 Oktober ini untuk mendengar rayuan melibatkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Ketua Pembangkang itu, Ramkarpal Singh berkata pada Khamis bahawa Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober ini untuk mendengar rayuan balas kedua-dua pasukan pembelaan dan pendakwaan.

Anwar memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membebaskannya daripada pertuduhan liwat oleh Mahkamah Rayuan.

Namun, pihak pendakwaan berusaha untuk menambah hukuman penjara dari lima tahun yang dikenakan terhadapnya.

Anwar, 67, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Walaubagaimanapun, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun kepada Anwar atas pertuduhan itu.

Ramkarpal berkata, mahkamah akan mendengar rayuan ketiga yang berkaitan pada 14 Oktober dengan pihak pembelaan berusaha untuk membatalkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mewakili pihak pendakwa.

Ini merupakan kali ketiga Anwar cuba untuk membatalkan peguam veteran tersebut dari pasukan pendakwaan dalam rayuan tersebut.


Artikel Lain