suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Sebar Berita Palsu Ebola - Ahmad Shabery

Virus Ebola

NUSAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu menerusi media sosial mengenai penyebaran virus Ebola di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perbuatan itu akan menimbulkan rasa takut dalam kalangan orang ramai.

"Diharap tidak ada orang yang cepat membuat khabar angin yang tidak benar kerana ia boleh menimbulkan rasa takut kepada orang lain atas perkara yang tidak berasas," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Astro Productions Sdn Bhd (APSB) dan Iskandar Malaysia Studios (IMS) Sdn Bhd di Studio Pinewood Iskandar Malaysia Khamis.

Pada Rabu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi menyiasat serta mengambil tindakan terhadap individu yang sengaja menyebarkan laporan palsu mengenai wujudnya virus Ebola di negara ini.

"Apa sahaja yang keluar dalam media sosial perlu disahkan dan perlu disahihkan terlebih dahulu," kata Ahmad Shabery.

Mengenai penggambaran siri epik kehidupan Marco Polo oleh Weinstein Company di Studio Pinewood Iskandar Malaysia beliau berkata ia adalah bukti kepada kejayaan polisi kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia hab industri kreatif.

Katanya, dengan penyelesaian masalah birokrasi di beberapa agensi yang terlibat, lebih ramai akan datang untuk membuat penggambaran filem di negara ini.

Menurut beliau kejayaan itu yang membina keyakinan terhadap Malaysia dikalangan syarikat produksi dunia, bukan hanya disebabkan pemberian insentif kepada syarikat luar semata-mata tetapi kerana polisi kerajaan yang betul, prasarana dan bakat tempatan yang ada. 

Artikel Sebelum

Artikel Lain