suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Satelit MEASAT-3b Dijadual Lancar 12 September Ini

KUALA LUMPUR: MEASAT Global Bhd (MEASAT) bersedia untuk melancarkan satelit MEASAT-3b dari European Spaceport di Kourou, French Guiana pada 12 September (waktu Malaysia). 

Ketua Pegawai Eksekutif MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd Paul Brown-Kenyon berkata MEASAT-3b akan menjadi penyumbang utama kepada landskap TV berbayar Asia, menyokong platform televisyen 'direct-to-home' yang memberi khidmat kepada lebih 18 juta isi rumah. 

"MEASAT gembira untuk mengesahkan tarikh pelancaran yang disemak semula," katanya dalam kenyataan pada Khamis. 

Beliau berkata MEASAT-3b akan ditempatkan bersama MEASAT-3 dan MEASAT-3a pada 91.5°E, mewujudkan lokasi orbit kukuh dan berkuasa tinggi di rantau ini.   

48 transponder Ku-Band berkuasa tinggi akan meluaskan perkhidmatan Direct-To-Home dan VSAT di seluruh Malaysia, India, Indonesia dan Australia, katanya.

MEASAT-3b, Brown-Kenyon

Artikel Berikut

Artikel Lain