suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisis Politik Selangor: Keadaan Keselamatan Terkawal - Ketua Polis Negeri

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat memberi jaminan keadaan di negeri itu selamat dan terkawal walaupun dilanda krisis politik sejak beberapa hari lalu.

Beliau berkata, aktiviti harian rakyat ketika ini berjalan seperti biasa dan tidak wujud sebarang kebimbangan mengenai soal keselamatan.

"Polis sentiasa memantau keadaan di sana dan semuanya dalam keadaan terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelupusan barang kes mesin perjudian komputer di Balai Polis Pandan Indah, di Ampang dekat sini, Rabu.

Krisis politik Selangor meruncing apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR Sabtu lepas, antara lain kerana mengingkari arahan parti supaya meletakkan jawatan menteri besar.

Suasana politi Selangor bertambah hangat berikutan pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan PKR yang menurut Khalid dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Artikel Berikut

Artikel Lain