suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Qari Terengganu Terima Hadiah Pangsapuri

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menganugerah sebuah pangsapuri kepada johan qari tilawah peringkat antarabangsa tahun ini Ahmad Tirmizi Ali dari Terengganu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pangsapuri Ladang Gemilang itu yang terletak di tengah bandar raya ini mempunyai tiga bilik tidur serta dua bilik air.

Beliau menyampaikan kunci pangsapuri berkenaan kepada Ahmad Tirmizi pada majls sambutan hari raya di Wisma Darul Iman di sini yang turut dihadiri Setiusaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah.

Khidmat qari tersebut akan digunakan untuk membimbing pelajar sekolah pondok moden yang diwujudkan tahun depan, katanya.

Sementara itu Ahmad Tirmizi bersyukur dan berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap golongan agama.

Beliau berkata ganjaran itu dianggap sebagai bonus untuk beliau terus berusaha meningkatkan kualiti diri sekali gus mengharumkan nama negara dan negeri pada masa akan datang.

Sebelum ini beliau turut menerima lot tanah dan wang tunai RM10,000 selepas muncul johan tilawah peringkat kebangsaan tahun ini.


Terengganu

Artikel Lain