suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar, Azizah Tiba Awal Mesyuarat Tergempar Pakatan

Petugas media memenuhi pekarangan ibu pejabat PKR dan juga bilik sidang media untuk mendapatkan maklumat terkini krisis menteri besar Selangor pada mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat, malam Selasa.
PETALING JAYA: Beberapa pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dilihat hadir ke mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat (PR) pada malam Selasa.

Difahamkan, mesyuarat diadakan berikutan keputusan mengejutkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memecat enam exco kerajaan negeri seperti yang diumumkan petang Selasa.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pemimpin terawal hadir ke Ibu Pejabat PKR di sini, kira-kira pukul 7.55 malam.

Pemimpin lain yang menyusul termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, sehingga pukul 8.50 malam, tiada wakil dari PAS yang dilihat hadir ke mesyuarat tergempar ini.

Difahamkan satu sidang media akan diadakan pada pukul 8.30 malam tetapi sehingga kini mesyuarat masih lagi berlangsung.


Bagaimanapun, petugas media masih memenuhi pekarangan ibu pejabat PKR untuk menantikan sebarang pengumuman penting susulan tindakan drastik Khalid itu.

Artikel Lain