suria

Pemecatan Khalid Ikut Undang-Undang - Surendran

N Surendran
PETALING JAYA: Tiada asas untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa bahawa pemecatannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah 'cacat' dan menyalahi undang-undang.

Naib Presiden PKR, N Surendran sebaliknya berkata, pertuduhan terhadap Abdul Khalid telah dinyatakan dengan jelas.

"Ia adalah pertuduhan yang mudah dan jelas. Dakwaan Khalid bahawa PKR keliru dengan butiran pemecatannya adalah tidak benar dan karut semata-mata," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya berdasarkan pertuduhan sebelum ini, Jawatankuasa Disiplin PKR mendapati bahawa Abdul Khalid layak dipecat.

Malah Abdul Khalid turut didapati mencabar partinya sebelum ini dan Pakatan Rakyat berhubung beberapa perkara lain.

Menurut Surendran adalah tidak masuk akal untuk Khalid mendakwa bahawa PKR gagal menyatakan dengan jelas artikel dan Perlembagaan parti yang diingkarinya.

Jelas Ahli Parlimen Padang Serai itu, sebagai bekas ahli Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat, Abdul Khalid berpura-pura tidak mengetahui mengenai Perlembagaan PKR.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain