suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MCA Gesa Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Salah Laku Khalid

Ng Chok Sin
SHAH ALAM: MCA Selangor menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim oleh bekas partinya.

"Oleh kerana jawatan menteri besar adalah sangat penting, para pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengemukakan bukti salah laku kepada pihak berkuasa yang berkaitan," kata setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai perkara itu di balai polis daerah Shah Alam, Isnin. 

Tambahnya, beliau berharap pihak berkuasa akan menyiasat dakwaan tersebut.

Minggu lalu, PKR mengeluarkan pendedahan 91 muka surat yang memperincikan dakwaan salah laku Khalid dan kedudukannya dipersoalkan.

Isu-isu tersebut termasuklah perbincangan mengenai projek Langat 2, yang mana pemimpin-pemimpin Pakatan mahu menangguhkannya, penyusunan semula industri air di Selangor dan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Parti itu juga mendakwa bahawa Khalid telah gagal untuk menjelaskan hutang RM70 juta dengan Bank Islam yang telah diselesaikan di luar mahkamah.
MCA Selangor, Ng Chok Sin

Artikel Lain