suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

195 Kematian Dicatatkan Sejak Op Selamat Dilancarkan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 178 kemalangan maut membabitkan 195 kematian dicatatkan di seluruh negara dalam Op Selamat sempena Aidilfitri sejak dilancarkan 21 Julai lepas sehingga semalam.

Ketua Polis Trafik Persekutuan Bukit Aman SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata dalam tempoh itu juga sejumlah 15,122 kemalangan jalan raya dilaporkan.
 
"Berdasarkan statistik selama 12 hari sehingga semalam, penunggang motosikal merupakan penyumbang statistik tertinggi kes kemalangan maut membabitkan 112 kematian atau 57 peratus diikuti kereta 48 kematian (25 peratus).
 
"Sejumlah 167,456 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik termasuk yang menggunakan lorong kecemasan 2,319 saman dan memotong giliran 1,316 saman direkodkan," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Mengenai kadar kemalangan di jalan-jalan utama di ibu negara, katanya, Jalan Bandaran merekodkan sebanyak 6,222 kes diikuti Jalan Persekutuan 3,546 dan Jalan Negeri 2,797 kes.

Op Selamat selama 15 hari, yang berakhir 4 Ogos ini, dilaksanakan sempena Aidilfitri, dengan tujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut, melancarkan aliran trafik dan mencegah jenayah.
kematian, op selamat

Artikel Lain