suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Seluruh Negara Terkawal Pagi Ini

Trafik menghala ke ibu negara kelihatan lancar pagi Sabtu.
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di seluruh negara dilaporkan lancar setakat pukul 9 pagi Sabtu.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan lancar dan terkawal.

Aliran trafik termasuk di Sungai Perak dan Juru masih lancar namun trafik dijangka mula sesak pada waktu tengahari kerana mungkin sebahagian mereka yang pulang beraya di kampung akan mula kembali ke ibu kota.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik di seluruh negara masih berada dalam keadaan lancar.

Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau laman sesawang www.twitter.com/plustrafik dan hotline Lembaga Lebuhraya Malaysia 1800-88-7752 atau www.twitter.com/LLMinfotrafik.

trafik, lancar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain