suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan Sebelah Petang

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke ibu negara dilaporkan perlahan pada sebelah petang berikutan orang ramai mulai pulang ke ibu negara.
 
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata trafik perlahan bermula dari Bukit Gantang ke Bukit Berapit dan sekitar Terowong Menora.
 
"Aliran trafik turut perlahan dari Sungkai ke Slim River dan dari Tapah menuju Bidor," katanya kepada Bernama.

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata aliran trafik sangat perlahan dari Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban ke Nilai akibat kemalangan yang melibatkan beberapa buah kereta di Km 278.5.

Trafik juga dilaporkan perlahan di beberapa kawasan di Lebuhraya Plus termasuk dari Bukit Gantang menghala Kuala Kangsar dan dari Juru ke Jawi sejak tengah hari tadi, katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

aliran trafik

Artikel Lain