'Lelaki Terkaya Di Dunia' Tawar Bayaran Balik Kepada Pelabur - Semasa | mStar

'Lelaki Terkaya Di Dunia' Tawar Bayaran Balik Kepada Pelabur

KUALA LUMPUR: Peserta skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM) kontroversi kendalian Zhang Jian, yang mengisytiharkan dirinya sebagai jutawan Cina layak menuntut kembali bayaran balik jika mahu membatalkan pelaburan mereka.

Perkara itu dimaklumkan pengedar kanannya, Jessy Lai.

"Mereka mempunyai masa sehingga 14 Ogos untuk membatalkan keahlian.

"Hanya bawa kad pengenalan, kita akan ambil gambar serta klip video anda menyatakan sebab-sebab mahu batalkan dan kami akan memberikan bayaran balik secara terus," kata Lai menerusi sidang media pada Rabu.

Bagaimanapun beliau berkata, bayaran balik hanya akan diberikan kepada mereka yang tidak pernah memperkenalkan mana-mana ahli baru kepada kumpulan itu.

Baru-baru ini Zhang menjadi topik berita selepas papan iklan wajahnya dikesan di Pulau Pinang, mengisytiharkan dirinya sebagai 'bakal manusia terkaya di dunia.

Malah berdasarkan iklan dalam lawan web syarikat itu, orang ramai dikatakan boleh mendapatkan wang besar tanpa perlu bekerja.

Bagaimanapun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengisytiharkan skim MLM yang dipelopori Zhang sebagai haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia tidak mempunyai lesen daripada kementerian untuk menjalankan pernigaan MLM.

Selain itu Lai turut menafikan laporan media bahawa sekurang-kurangnya 100 orang ahlinya hadir di pejabat syarikat itu di sini untuk membatalkan keahlian mereka sejak berita tentang tawaran bayaran balik itu dihebahkan di Internet sebelum pengumuman rasmi.

"Kami tidak menerima apa-apa permohonan sehingga sekarang," katanya.

Beliau menegaskan bahawa proses pengembalian itu hanya boleh dilakukan di pejabat.

Mengenai lokasi Zhang ketika ini, Lai berkata pengasas MLM itu kini sedang meneroka luar negara.

Ditanya sama ada Zhang akan muncul bagi menjelaskan mengenai perniagaannya, Lai berkata beliau hanya akan muncul untuk urusan rasmi dan bukan untuk menjawab tuduhan terhadapnya.
MLM , Zhang Jian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain