suria

Kadar Baharu Tol Hanya Untuk Kenderaan Keluar Masuk Melalui CIQ

KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Baharu hanya dikenakan bagi kenderaan masuk dan keluar melalui CIQ sahaja, kata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

LLM dalam satu kenyataan pada Ahad menjelaskan ini bermakna pengguna Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) tidak perlu membayar tol dan lebuh raya ini akan kekal percuma bagi penduduk Johor Bahru.

Hampir 180,000 atau lebih 80 peratus daripada pengguna EDL merupakan penduduk Johor Baharu dan tidak terlibat dengan kenaikan tol ini, menurut kenyataan itu.

Pada Sabtu, kerajaan mengumumkan kadar baharu tol melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 dari kedua-dua arah keluar dan masuk kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar berkuat kuasa 1 Ogos depan. 

Kadar baharu tol arah masuk Malaysia bagi kenderaan daripada kelas 1 hingga 5 masing-masing adalah RM9.70; RM14.70; RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80; RM10.20; RM13.60; RM3.40 dan RM5.50.

CIQ, Lembaga Lebuhraya Malaysia

Artikel Lain