suria

Tiga Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

Semua sekolah di daerah Manjung diarah ditutup kerana mencatatkan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat.
KUALA LUMPUR: Sebanyak tiga kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini, berbanding lima kawasan, malam tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) kawasan di negeri Perak itu ialah di Kampung Air Putih, Taiping (137), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh (105), Ipoh dan Seri Manjung (107).

Sementara itu, sebanyak 31 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana antaranya Pasir Gudang, Johor (62), Alor Setar, Kedah (61), Bandaraya Melaka (51), Jerantut, Pahang (57), Perai, Pulau Pinang (72) dan Keningau, Sabah (53).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

IPU

Artikel Lain