suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salam Budi Sumbang Duit Raya Kepada 80 Asnaf Ampang

Azizah (kiri) menyampaikan sumbangan duit raya kepada golongan asnaf di Ampang.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 80 orang golongan asnaf yang terdiri daripada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan bapa tunggal hari ini menerima sumbangan wang tunai daripada Pertubuhan Salam Budi (PSB) sempena sambutan Aidilfitri.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun menyampaikan sumbangan itu di sini, Isnin.

Turut hadir Pengerusi PSB, Shabanu Baba.

Terdahulu dalam ucapannya, Azizah berkata, membantu golongan kurang bernasib baik adalah tanggungjawab semua pihak.

Katanya, selain bantuan kerajaan, rakyat yang berkemampuan juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu golongan miskin.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa memikirkan dan mempertimbangkan mekanisme yang lain bagi mengatasi komuniti warga tua yang semakin meningkat terutamanya menjelang 2030.


asnaf, PSB, Aidilfitri

Artikel Sebelum

Artikel Lain