Liow, Azaharuddin Berlepas Ke Amsterdam - Semasa | mStar

Liow, Azaharuddin Berlepas Ke Amsterdam

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tiga, kanan) bersiap sedia untuk bertolak ke Keif, Ukraine dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam Sabtu bagi membantu operasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di sempadan Ukraine dan Russia. Turut sama Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman (depan, kiri). -fotoBERNAMA
SEPANG: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama enam delegasi bertolak ke Ukraine pukul 11.59 Sabtu malam bagi membantu operasi pasukan Malaysia dalam insiden penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lepas.

Beliau berkata mereka akan transit di Amsterdam sebelum ke Kiev dan dijangka sampai pada pukul 1 petang Ahad waktu Ukraine.

"Ini adalah tugas dan saya diarahkan ke Kiev dan saya pasti kami akan dapat memudahkan pergerakan pasukan penyiasat ke lokasi kejadian," katanya.

Delegasi ke Kiev termasuk Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman, Pengerusi Malaysia Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof dan penyiasat.

"Saya tidak dapat memastikan berapa lama saya akan berada di sana... saya perlu memastikan segala proses perundingan dan kerja-kerja pencarian maklumat dapat dilaksanakan dengan baik," katanya kepada pemberita sebelum memasuki balai berlepas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) malam Sabtu.

Menyentuh mengenai bilakah keluarga mangsa akan di bawa ke lokasi kejadian beliau berkata keselamatan keluarga mangsa perlu diutamakan kerana kawasan itu tidak selamat.

"Kita kena pastikan keselamatan mereka sebelum mereka boleh dibawa ke sana, perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui sidang media kemudian," katanya. 

Beliau berkata pihaknya akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan serta Menteri Luar Ukraine.

Liow berkata beliau juga akan memastikan pasukan penyiasat Malaysia dapat berjumpa wakil Biro Kemalangan Nasional Ukraine yang telah membentuk sebuah suruhanjaya khas untuk menyiasat insiden itu.

Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di Donetsk, timur Ukraine, tidak jauh dari sempadan Rusia pada malam Khamis.

Laporan media asing menyebut pesawat itu ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. 

Amsterdam , MH17 , MAS , DCA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain