suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Anifah & Pasukan Akan Berangkat Ke Ukraine

Datuk Seri Anifah Aman
PETALING JAYA: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pasukan dari Wisma Putra akan berlepas ke Ukraine malam Ahad. 

"Datuk Sri Anifah Hj Aman akan bertemu Presiden Ukraine, Naib Presiden Ukraine dan Menteri Luar Ukraine esok (Isnin) mengenai MH17," kata setiausaha akhbar Datin Nirvana Jalil Ghani dalam satu kenyataan. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah berlepas ke Kiev pada Sabtu. 

MH17 hilang dari skrin radar di timur Ukraine pada hari Khamis, beberapa jam selepas berlepas dari lapangan terbang Schiphol Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat Boeing 777 dipercayai telah ditembak jatuh 50km dari sempadan Ukraine-Rusia.

Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia, dipercayai telah terkorban.
Ukraine, Wisma Putra, MH17

Artikel Lain