suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: 3 Petugas Shell Mangsa Nahas

Lokasi pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine.
PETALING JAYA: Tiga kakitangan Shell Malaysia adalah antara penumpang pesawat malang milik syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis.

Jurucakap syarikat berkenaan yang mengesahkan perkara itu berkata, semua kakitangan terbabit dalam perjalanan pulang ke tanah air dan transit di Amsterdam.

"Kami sedih dengan kemalangan tragik ini kerana kehilangan tiga rakan sekerja dan sahabat. Kami menangisi pemergian mereka serta semua pemumpang pesawat MH17," kata jurucakap itu pada Jumaat.

Jurucakap itu menambah, Shell Malaysia akan menghulurkan sokongan kepada keluarga semua kakitangan yang terbabit dalam nahas itu.

Pesawat MH17 hilang dari radar di timur Ukraine kira-kira pukul 2.15 waktu tempatan. Ia berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam dan dijanka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi.

Difahamkan, pesawat itu ditembak jatuh pada kedudukan 50 kilometer dari sempadan Ukraine dan Rusia, sekali gus mengakibatkan semua 298 penumpangnya terkorban.

Ketika ini, kawasan kejadian itu dikuasai puak pemisah pro-Rusia.
Shell Malaysia, MAS, MH17

Artikel Lain