suria

Pramugari Dari Klang Dipercayai Menaiki MH17

Angeline antara yang dipercayai berada dalam pesawat MH17. - Gambar Facebook Angeline Premila.
PETALING JAYA: Pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Angeline Premila dipercayai berada di dalam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine, malam Khamis.

Facebook milik Angeline yang berusia dalam lingkungan lewat 20-an dipenuhi dengan ucapan dan doa supaya dia selamat kembali.

Rakan sekerjanya yang terlihat namanya dalam senarai penumpang menulis dalam laman media sosial itu meminta agar Angeline menghubunginya segera.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Ukraine berkata kesemua 298 penumpang termasuk anak kapal menaiki pesawat ke Kuala Lumpur itu dikhuatiri terbunuh.

Pesawat MH17 yang dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 6 pagi Jumaat berlepas dari Amsterdam dan dipercayai berada di ruang udara Ukraine sebelum hilang dari radar. 

Sumber berkata, pesawat tersebut dipercayai ditembak jatuh ketika  memasuki ruang udara kawasan konflik antara kerajaan negara itu dengan puak pemisah pro-Rusia.

Mh17, MAS, Angeline Premila

Artikel Lain