MH17: 120 Mayat Ditemui, Lapor RT.com - Semasa | mStar

MH17: 120 Mayat Ditemui, Lapor RT.com

Antara mayat salah seorang penumpang MAS MH17.
PETALING JAYA: Sebuah portal berita Rusia, RT.com melaporkan sekurang-kurangnya 120 mayat telah dijumpai dari kawasan nahas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dipercayai terhempas.

Portal tersebut yang memetik Kementerian Kecemasan Ukraine sebagai berkata, seramai 95 anggota penyelamat dan 18 kenderaan terlibat dalam operasi mencari mayat penumpang pesawat malang itu di Donetsk.

MH17 hilang dari radar sebaik memasuki ruang udara Timur Ukraine kira-kira pukul 1415 waktu tempatan pada Khamis, sejam selepas pesawat jenis Boeing 777,  berlepas dari lapangan terbang Schiphol, Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, insiden itu berlaku 50 kilometer dari sempadan Ukraine-Rusia.

Kesemua 298 penumpang di dalam pesawat itu termasuk 43 rakyat Malaysia dikhuatiri terbunuh.
120 mayat , MH17 , MAS

Artikel Sebelum

PDRM Akan Terus Pantau Sindiket Judi Bola

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel