suria

Adun Batu Caves Nafi Sebar Khabar Angin Tukar MB

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves menafikan dakwaan yang disebarkan kononnya kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digantikan.

Dakwan terhadapnya dan enam yang lain terkandung dalam laporan polis yang dibuat oleh kumpulan dikenali sebagai Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) pada Sabtu lalu.

"Kenyataan saya ialah tiada siapa pun yang boleh mengawal kedudukan Menteri Besar sebagai hak individu kerana ia perlu diputuskan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Enam yang lain ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafiz Ramli; Adun Seri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei; Setiausaha Politik kepada Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Najwan Halimi dan pemilik Facebook, Habib Mazlan.

Tiada antara mereka kecuali Amirudin yang sedia memberikan komen mengenai dakwaan tersebut.

Pasmeb menyatakan ikrar menentang usaha untuk menggulingkan Abdul Khalid.

"Kami akan adakan roadshow, kami akan maklumkan kepada orang ramai mengenai situasi sebenar yang berlaku kerana terdapat banyak kenyataan media yang dibuat berdasarkan dakwaan tidak berasas," kata jurucakap Pasmeb, Mokhtar Razak Badri.
PKR, Amirudin Shari, Khalid Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain