suria

Ketua Menteri Mahu Polis Siasat Insiden Serang Hendap

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengarahkan polis menjalankan siasatan daripada semua sudut mengenai insiden serang hendap di Pulau Mabul yang mengorbankan seorang anggota polis marin.

"Saya telah diberi taklimat. Semua motif sedang disiasat termasuk kemungkinan membalas dendam susulan langkah mengetatkan penguatkuasaan di perairan Sabah. Pihak berkuasa berkenaan mesti menyiasat daripada semua aspek bagi menangani insiden itu.

"Kumpulan itu semakin berani dalam tindakan mereka," kata beliau dalam kenyataan di sini, Ahad.

Musa berkata lebih banyak yang perlu dilakukan dalam konteks meningkatkan risikan dan penyelarasan dengan rakan sejawatan di Filipina.

Beliau berkata kerjasama dan penyelarasan penuh antara pihak polis, pengawal pantai marin dan angkatan tentera juga perlu dilakukan.

"Saya juga ingin memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Sabah akan memberi semua bantuan yang perlu kepada keluarga mangsa dalam keadaan yang sukar ini," kata beliau.

Kira-kira 11.10 malam tadi, sekumpulan lapan lelaki yang lengkap bersenjata menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul dan membunuh seorang anggota polis marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dan menculik Konstabel Zakian Aleip, 26.


Mabul, Sabah

Artikel Berikut

Artikel Lain