suria

Kelab Putera 1Malaysia Buka Bilik Gerakan Bantu Rakyat Gaza

Abdul Azeez Abdul Rahim.
SEREMBAN: Kelab Putera 1Malaysia membuka bilik gerakan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bertempat di Sekretariat Kelab Putera 1Malaysia di Kuala Lumpur, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kewangan serta barangan seperti pakaian, selimut, ubat-ubatan dan peralatan lain boleh berbuat demikian melalui sekretariat itu yang terletak di Kampung Attap.

Kelab Putera 1Malaysia boleh dihubungi di talian 03-27736004.

Beliau mengagihkan buah kurma, air zam zam dan pakaian kepada imam dan anggota jawatankuasa masjid di Negeri Sembilan di sini Sabtu.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Abdul Azeez juga berkata Biro Kebajikan Umno dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia dan Aman Malaysia akan menghantar pasukan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak lama lagi apabaila mendapat pelepasan pihak berkuasa.

Bantuan dari Wisma Putra dan kerajaan Mesir akan dipohon untuk membolehkan misi berkenaan memasuki Gaza melalui Rafah, katanya.
 
"Saya juga menjemput doktor pakar pelbagai bidang perkhidmatan dari negara ini untuk ke Gaza," katanya.

Kelab Putera 1Malaysia, Gaza

Artikel Lain