APMM Perhebat Rondaan Sepanjang Ramadan, Syawal Menerusi Ops Tumpas - Semasa | mStar

APMM Perhebat Rondaan Sepanjang Ramadan, Syawal Menerusi Ops Tumpas

Mohd Amdan (tengah) beramah-mesra dengan penerima bantuan selepas Majlis Berbuka Puasa APMM dan Penyampaian Sumbangan kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan dari Sekolah Angkat APMM di sini, Jumaat.
KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memperhebat rondaan dan penguatkuasaan menerusi Ops Tumpas pada musim perayaan ini bagi membendung jenayah maritim di perairan negara.


Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish berkata, operasi khas tersebut adalah bagi membendung kegiatan penyeludupan, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan rompakan di laut.

"Operasi dilancarkan pada 1 Julai yang lepas hingga 15 Ogos ini melibatkan semua lima wilayah maritim tanpa menjejaskan operasi sedia ada. Dalam tempoh 13 hari bulan Ramadan ini, sebanyak 880 pemeriksaan dan 22 tangkapan telah dilakukan.

"Manakala pada tahun lepas APMM telah membuat 2,283 pemeriksaan dan 42 tangkapan pada bulan Ramadan dan 2,280 pemeriksaan dan 54 tangkapan pada bulan Syawal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada 30 anak yatim dari sekitar Kuantan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah, di sini, malam tadi. Turut hadir Ketua Pengutakuasa Wilayah Timur Datuk Nasir Adam.

Mohd Amdan berkata, operasi khas itu juga adalah bagi mengelak kemalangan jiwa yang melibatkan PATI pada musim perayaan.

Beliau menasihatkan PATI balik ke negara masing-masing menerusi jalan sah walaupun dikenakan denda (kerana tinggal di negara ini secara haram) daripada memilih jalan tidak selamat dengan menggunakan tekong-tekong haram yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

Mengulas operasi APMM, Mohd Amdan berkata sepanjang enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 423 tangkapan berjaya dilakukan daripada 15,892 pemeriksaan yang dijalankan oleh APMM di seluruh wilayah maritim negara ini.

"APMM juga berjaya mengutip RM261 juta hasil denda, kompaun, pelupusan vesel dan lelongan sejak tahun 2006 hingga kini. Selain itu sebanyak 30 buah bot nelayan asing berjaya ditahan pada tahun ini dan berjaya mengutip denda berjumlah RM2.1 juta.

"Bagi penyeludupan minyak diesel dan petrol dari 2006 hingga Jun ini, sebanyak 171 kes ditahan yang melibatkan nilai melebihi RM2.5 juta," katanya.

Menerusi operasi dan menyelamat pula, beliau berkata APMM berjaya menyelamatkan 248 nyawa bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.


Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain