suria

Peniaga di Wisma Yakin Berang Kedai Mereka Dihalang Penjaja Bazar

Sebuah gerai kasut menghalang pemandangan kedai di Wisma Yakin.
PEMILIK kedai di Wisma Yakin, Kuala Lumpur, menggesa pihak berkuasa untuk memantapkan tahap penguatkuasaan di bazar Ramadan di Jalan Masjid India.  

Presiden Persatuan Peniaga Wisma Yakin, Datuk Maideen Kadir Shah berkata peniaga di bazar berkenaan berada dalam keadaan yang bersesak-sesak hingga ke pintu masuk bangunan Wisma Yakin. 

"Disebabkan gerai penjaja bersesak-sesak telah memberi kesan kepada perniagaan kami di Wisma Yakin," katanya selepas mengadakan mesyuarat di Jabatan Pengangkutan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini. 

Maideen berkata gerai penjaja berada sangat dekat antara satu sama lain hingga ke tempat pejalan kaki. 

"Tiada ruang untuk ambulans atau kereta bomba berada di situ jika terdapat kecemasan," katanya. 

Beliau menambah bahawa bazar Ramadan di kawasan itu telah beroperasi selama tujuh tahun dan ini merupakan kali pertama masalah seperti itu berlaku. 

"Biasanya DBKL akan memberi dengan kami sebelum menjual lesen perniagaan di kawasan itu untuk melihat jika kami bersetuju untuk mempunyai bazar Ramadan dihadapan bangunan itu," katanya. 

Maideen menambah ini merupakan kali pertama DBKL tidak berunding dengan peniaga Wisma Yakin. 

"Biasanya, gerai-gerai diperingkatkan untuk tidak menghalang pintu masuk ke Wisma Yakin. Bagaimanapun terdapat kelonggaran daripada aspek penguatkuasaan daripada DBKL pada tahun ini," katanya. 

Kebanyakan gerai menjual barangan mewah tiruan. 

Mazlan Tahir, yang merupakan tukang jahit di Wisma Yakin berkata peniagaannya merosot kira-kira 50 % sejak gerai penjaja bazar Ramadan tersebut mula beroperasi sejak akhir Jun. 

"Kebanyakan pelanggan saya merungut kerana agak payah untuk mencari tempat meletakkan kenderaan dan menyukarkan mereka untuk berjalan," katanya. 

Terdapat 10 peniaga di Wisma Yakin yang mengadakan protes selepas mesyuarat dengan DBKL.
Wisma Yakin, DBKL

Artikel Lain