suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemimpin PKR Selar Pengkritik Khalid

KUANTAN: Pihak yang menggesa perletakkan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan sahaja berniat jahat malah bersikap hipokrit, demikian menurut Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias.

Menurut Razali pengkritik Abdul Khalid merupakan orang yang sama pernah memuji hasil kerja Menteri Besar itu sebelum ini.

"Merekalah yang menggelar bahawa beliau adalah Menteri Besar terbaik yang pernah mentadbir, malah lebih baik daripada Umno.

"Selama enam tahun kami diberitahu bahawa Abdul Khalid laksanakan tugas dengan baik. Namun sekarang ini secara tiba-tiba mereka gesa beliau letak jawatan " katanya.

Menurut Razali lagi, keadaan terkawal sehinggalah dua atau tiga bulan lalu ketika proses pemilihan parti berlangsung.

"Saya gesa supaya semua pihak tidak akan mencampuri sasaran mereka dalam pemilihan parti dengan matlamat mereka untuk menjadi Menteri Besar.

"Imej Abdul Khalid sudah tercalar disebabkan tindakan mereka ini," katanya sambil menambah bahawa pemilihan parti merupakan urusan dalaman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain