suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Orang Asli Maut Langgar Belakang Treler

KUANTAN: Seorang penunggang maut selepas motosikalnya melanggar belakang sebuah treler di Km 44.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Kuala Lumpur-Karak dekat Temerloh pada Rabu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 2.15 pagi itu, Razak a/l Deris, 28, dari Kampung Orang Asli Tun Abd Razak Kuala Kubu Baharu, Selangor, mati di tempat kejadian.

"Mangsa dalam perjalanan dari arah Bentong ke Kuala Lumpur apabila dia dipercayai gagal mengawal motosikalnya dan merempuh belakang treler yang berada di lorong kiri.

"Kejadian berlaku di kawasan mendaki," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan mayatnya dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

orang asli, maut, kemalangan

Artikel Lain